1 APRIL 2018, Ahad | Pada hari pertama kejohanan suasana disusuli dengan sedikit kesedihan apabila adik Syauqina telah mendapat berita bahawa kematian ayahnya pada waktu subuh hari ini. Adik Syauqina adalah atlet acara lontar peluru kategori perempuan bawah 18 tahun dari daerah Rompin. Oleh yang demikian semua jurulatih telah mengutip sumbangan dan menyerahkannya kepada adik Syauqina.
Sumbangan telah disampaikan oleh En Burhanuddin bin Haji Hashim kepada adik Syauqina.
Sama-samalah kita sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan