Ahad, 1 April 2018

EMAS PERTAMA_ BENTONG DAN MARAN

1 APRIL 2018, Ahad | Acara pertama Kejohanan Olahraga MSSP 2018 telah berlangsung pada jam 3.00 petang iaitu acara Baling Tukul Besi (PT) dan diakhiri dengan Baling Tukul Besi (LT). Bagi acara perempuan terbuka seramai 4 peserta menyertai mewakili dua daerah, iaitu Bentong dan Maran. Johan dimiliki oleh adik Siti Nuraisyah binti Abdul Malik dari bentong dengan rekod 21.45 meter, manakala naib johan dan ketiga dari daerah Maran.
Gerakan pelahan lontaran Juara.


Johan Acara Baling Tukul Besi Lelaki terbuka adik Muhammad Badrul Lutkif bin Ismail dari daerah Maran.

Manakala bagi lelaki terbuka telah disertai oleh 6 orang peserta yang mewakili daerah Maran, Bentong, Kuantan dan Raub. Acara ini telah diungguli oleh adik Muhammad Badrul Lutkif bin Ismail dari daerah Maran dengan rekod 33.88 meter, disusuli oleh daerah Bentong naib johan dan tempat ketiga. Tahniah diucapkan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TEMUBUAL BERSAMA EN BURHANUDDIN