Rabu, 4 April 2018

TEMUBUAL BERSAMA EN BURHANUDDIN







REKOD BARU KEJOHANAN MSSP 2018 ACARA MELONTAR PELURU

4 APRIL 2018, Rabu | Satu rekod baru telah dicipta oleh seorang atlet lelaki, MOHD. ILHAM BIN ZULKIFLI bagi wakil MSSD Temerloh dalam acara MELONTAR PELURU bagi lelaki bawah 18 tahun iaitu lontaran sejauh 14.92 METER. Rekod tersebut telah berjaya mengatasi pencapaian tertinggi yang telah dibuat pada tahun MSSP 2017 oleh atlet daripada wakil MSSD Pekan, MOHD. FIRDAUS BIN AZMAN iaitu sejauh 14.13 METER.


Selasa, 3 April 2018

REKOD BARU KEJOHANAN MSSP 2018 ACARA 5000 METER JALAN KAKI

3 APRIL 2018, Selasa | KOONG JIA LIN dari Pasukan MSSD BENTONG  telah mencipta rekod baru bagi acara 5000 METER JALAN KAKI P18 dengan masa 27:04.9s. Rekod terdahulunya yang dipegang oleh HINTHUMATHI dari Pasukan MSSD JERANTUT dengan masa 28:10.5s pada tahun 2002. Ini merupakan pencapaian membanggakan buat KOONG JIA LIN kerana telah memecahkan rekod yang telah bertahan selama 16 tahun. Tahniah diucapkan.

Adik Koong Jia Lin Memecah rekod acara 5000 meter jalan kaki perempuan bawah 18 tahun

REKOD BARU KEJOHANAN MSSP 2018 ACARA HEPTATHLON

3 APRIL 2018, Selasa | KEJOHANAN OLAHRAGA MSSP KALI KE-62 TELAH DIGEMPARKAN DENGAN SEBUAH REKOD YANG BARU. REKOD INI TELAH DICATAT OLEH SEORANG ATLET PEREMPUAN YANG BERUSIA 17 TAHUN IAITU SITI NUR AIZA SYAWANY BINTI AZIZ. DIA  BERSEKOLAH DI SMK JENGKA 16. DIA TELAH MEMECAH REKOD TAHUN LEPAS IAITU REKOD DIRINYA SENDIRI DALAM ACARA HEPTATHLON. PADA TAHUN LEPAS DIA TELAH MENGUTIP MATA SEBANYAK (2257). NAMUN PADA HARI INI DIA TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA DIA MAMPU MERAIH KEPUTUSAN YANG LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN LEPAS DENGAN KUTIPAN MATA SEBANYAK (2636). JADI SYABAS DAN TAHNIAH BAGI SAUDARI DAN KAMI BERHARAP AGAR SAUDARI BOLEH MENCATAT REKOD YANG BARU BAGI KEJOHANAN MSSM 2018.


Adik Siti Nur Azia Syawany Binti Aziz 

Adik Siti Nur Azia Syawany Binti Aziz  bersama pemenang yang lain dalam acara Heptathilon.

Isnin, 2 April 2018

LIHAT GAMBAR DAN VIDEO ACARA PADA HARI KEDUA

UNTUK MELIHAT LEBIH BANYAK GAMBAR SILA SCAN QR 


UNTUK SAKSIKAN RAKAMAN VIDEO SILA SCAN QR DI BAWAH


SEMOGA GAMBAR DAN VIDEO INI MEMBERI KENANGAN YANG TERINDAH

LAWATAN MESRA PPD MARAN

2 APRIL 2018, Isnin | Hari kedua kejohanan bertambah meriah dengan kehadiran Tuan Haji Nahran bin Haji Ishak, Pegawai Pendidikan Daerah Maran, beliau meluangkan masa bersama menyaksikan para peserta bertanding. Terima kasih tuan kerana hadir memeriahkan lagi Kejohanan.






Ucapan aluan tuan PPD Maran kepada semua Kontijen Olahraga.





Tuan PPD Maran sempat menyampaikan hadiah kepada pemenang, terima kasih tuan.

Ahad, 1 April 2018

PERJUANGAN MASIH BELUM BERAKHIR

Sehingga jam 11.30 pagi pada hari kedua kejohanan sebanyak 21 acara telah selesai dilaksanakan.






Tahniah diucapkan kepada adik Intan Fakhriah binti Mohd Roza dari MSSD Maran kerana mengungguli acara Lompat Kijang Kategori Perempuan bawah 15 tahun.



Kejayaan Acara Lompat Kijang disusuli oleh MSSD Bentong adik Nur Izzati Afiqah, Naib Johan  dan adik R. Siti Aisyah Zulaikha dari MSSD Temerloh tempat ke-tiga. Tahniah diucapkan.

SUASANA HARI KEDUA KEJOHANAN

2 APRIL 2018, Isnin | Hari kedua kejohanan Olahraga terus meriah dengan pelbagai acara dipertandingkan. Terdapat 39 acara telah dipertandingkan pada hari kedua. Suasana awal bagi telah disemarakkan dengan acara 10000 Meter Jalan Lelaki bawah 18 tahun akhir. Acara tersebut telah dimenangi oleh adik Muhammad Ikbolasen bin MD Kamal Hussain mewakili pasukan MSSD Cameron Highlands, kejayaan ini diukuti oleh MSSD Maran Naib Johan dan MSSD Cameron Highlands tempat ketiga.









 Johan acara 10000 Meter Jalan Lelaki bawah 18 tahun akhirMuhammad Ikbolasen bin MD Kamal Hussain mewakili pasukan MSSD Cameron Highlands




LENSA KAMERA

UNTUK LIHAT GAMBAR SEMASA KEJOHANAN 

SCAN QR DI BAWAH


https://goo.gl/EPiam9 

TRUSTED SPORT TAPE

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua
TRUSTED SPORT TAPE  buat promo sempena MSSP 2018
booth kami ade di veneu kejohanan
untuk tempahan awal

call 0199144120

or

whatsapp
👇👇👇👇👇👇👇👇
http://www.wasap.my/+60176144120
👇


SUASANA PETANG HARI PERTAMA

1 APRIL 2018, Ahad | Para peserta mengambil peluang pada hari pertama bagi mencuba balapan di Kompleks Sukan UiTM Pahang, Cawangan Jengka. Suasana bahang kejohanan semakin terasa.







KEPRIHATINAN JURULATIH NEGERI PAHANG AMAT DIHARGAI

1 APRIL 2018, Ahad | Pada hari pertama kejohanan suasana disusuli dengan sedikit kesedihan apabila adik Syauqina telah mendapat berita bahawa kematian ayahnya pada waktu subuh hari ini. Adik Syauqina adalah atlet acara lontar peluru kategori perempuan bawah 18 tahun dari daerah Rompin. Oleh yang demikian semua jurulatih telah mengutip sumbangan dan menyerahkannya kepada adik Syauqina.





Sumbangan telah disampaikan oleh En Burhanuddin bin Haji Hashim kepada adik Syauqina.

Sama-samalah kita sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah.

EMAS PERTAMA_ BENTONG DAN MARAN

1 APRIL 2018, Ahad | Acara pertama Kejohanan Olahraga MSSP 2018 telah berlangsung pada jam 3.00 petang iaitu acara Baling Tukul Besi (PT) dan diakhiri dengan Baling Tukul Besi (LT). Bagi acara perempuan terbuka seramai 4 peserta menyertai mewakili dua daerah, iaitu Bentong dan Maran. Johan dimiliki oleh adik Siti Nuraisyah binti Abdul Malik dari bentong dengan rekod 21.45 meter, manakala naib johan dan ketiga dari daerah Maran.
Gerakan pelahan lontaran Juara.


Johan Acara Baling Tukul Besi Lelaki terbuka adik Muhammad Badrul Lutkif bin Ismail dari daerah Maran.

Manakala bagi lelaki terbuka telah disertai oleh 6 orang peserta yang mewakili daerah Maran, Bentong, Kuantan dan Raub. Acara ini telah diungguli oleh adik Muhammad Badrul Lutkif bin Ismail dari daerah Maran dengan rekod 33.88 meter, disusuli oleh daerah Bentong naib johan dan tempat ketiga. Tahniah diucapkan.







MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

1 APRIL 2018, Ahad | Selamat datang diucapkan kepada semua pasukan ke Jengka, Mesyuarat Pengurus pasukan Kejohanan Olahraga MSSP, Maran 2018 telah diadakan di bilik gerakan SMK Desa Jaya pada jam 3.30 petang. Seramai 11 daerah dan Sekolah Sukan Gambang yang diwakili oleh pengurus pasukan hadir ke mesyuarat tersebut. Mesyuarat yang di dipengerusikan oleh En. Burhanuddin bin Haji HashimKetua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD Maran telah berjalan dengan lancar.







TEMUBUAL BERSAMA EN BURHANUDDIN