Sabtu, 31 Mac 2018

PERMUAFAKATAN MENJAMIN KEJAYAAN

29 MAC 2018, Khamis | Bagi memastikan perjalanan kejohanan olahraga berjalan dengan lancar semua jawatankuasa sudah mula menjalankan tugas masing-masing. Jawatankuasa peralatan adalah salah satu jawatankuasa yang amat penting dalam sesuatu program atau kejohanan. Bagi memastikan semua peserta dalam keadaan selesa, para pegawai dapat menjalankan tugas dengan lancar jawatankuasa peralatan telah bersedia menyediakan peralatan yang secukupnya.

Ucapan terima kasih kepada SMK Jengka Pusat 2 selaku jawatankuasa khemah / perabut kerana bertungkus lumus menyediakan khemah untuk semua peserta berehat. Manakala terima kasih juga kepada SMK Jengka 2 dan SMK Jengka 6 di atas persediaan peralatan yang akan digunakan sepanjang perjalanan kejohanan. Permuafakatan daripada semua sekolah yang memberi kerjasama amatlah dihargai, semoga kejohanan olahraga kali ini dapat berjalan dengan lancar tanmpa sebarang masalah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TEMUBUAL BERSAMA EN BURHANUDDIN