16 MAC 2018 Jumaat | Mesyuarat
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Pahang Bil 1/2018 telah diadakan di PPD Maran, mesyuarat kali pertama ini adalah untuk pembahagian Jawatankuasa serta taklimat berkaitan kejohanan. Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh En. Burhanuddin bin Haji Hashim, Ketua
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, PPD Maran membuat beberapa keputusan daripada hasil perbincangan bagi memastikan perjalanan kejohanan Olahraga tersebut dapat berjalan dengan lancar dan baik.bSeramai Jawatankuasa Induk / Pengelola 17 orang dan 90 orang Jawatankuasa Kecil dan Urus setia telah dilantik.
27 MAC 2018, Selasa | Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Pahang Bil 2/2018 pula telah diadakan di SMK Cedung Jaya, Maran adalah mesyuarat ke dua bagi melaporkan sebarang perkara oleh jawatankuasa serta menyelaras segala tugas dan tindakan yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas kejohanan diadakan. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh En. Mohd Akmal Amin bin Mohd Noor, Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (Olahraga), Majlis Sukan Sekolah Pahang dan juga Pengerusi Teknik Olahraga Negeri Pahang.
Hasil mesyuarat juga telah dapat jumlah keseluruhan Anggaran tenaga kerja selama kejohanan diadakan, bilangan peserta seramai 547 orang daripada 11 daerah dan Sekolah sukan Malaysia Gambang di negeri pahang (sila lihat Statistik penyertaan), 216 pegawai sukan, 100 orang pegawai teknikal dan 107 tenaga kerja pengelolaan. Jumlah anggaran keseluruhan yang terlibat adalah 970 orang.
Diharap dengan hasil mesyuarat ini perjalanan kejohanan olahraga berjalan dengan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan